10 Fakta Menarik Manfaat Kesihatan Hubungan Kelamin
Anda mungkin tidak pernah
membayangkan kenikmatan seks yang anda lakukan sebenarnya memberi manfaat
terhadap kesihatan anda. Mari kita lihat 10 fakta menarik tentang kesihatan
yang bermanfaat untuk tubuh badan anda ketika anda melakukan seks suami-isteri.
1. Mengurangkan
Tekanan Darah dan Mengurangkan Stress

Hasil kajian mendapati mereka
menghadapi tindak balas yang baik terhadap tekanan perasaan ketika melakukan
hubungan seks tersebut. Walaupun berada di persekitaran yang tertekan yang
disebutkan sebentar tadi.
Selain daripada itu, seks juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi bagi pasangan yang tinggal bersama dan kerap melakukan hubungan seks. Bagi wanita yang sentiasa dipeluk oleh pasangannya pula cenderung mempunyai tekanan darah yang lebih baik. Bagi wanita-wanita stress diluar sana, pastikan dapatkan layanan pelukan dari pasangan anda! Moga berkurangan stress itu.
Selain daripada itu, seks juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi bagi pasangan yang tinggal bersama dan kerap melakukan hubungan seks. Bagi wanita yang sentiasa dipeluk oleh pasangannya pula cenderung mempunyai tekanan darah yang lebih baik. Bagi wanita-wanita stress diluar sana, pastikan dapatkan layanan pelukan dari pasangan anda! Moga berkurangan stress itu.
…Bagi wanita-wanita stress diluar
sana, pastikan dapatkan layanan pelukan dari pasangan anda! Moga berkurangan
stress itu…
2. Meningkatkan
Kekebalan Badan
Hasil kajian yang dilakukan para
penyelidik di Wilkes Universiti mendapati pasangan yang mengadakan hubungan
seks 1x atau 2x seminggu sekali mempunyai tahap immunoglobin A atau lgA yang
lebih tinggi dimana ia adalah antibodi yang boleh membantu anda mengelakkan
dari sebarang jangkitan penyakit.
3. Meningkatkan
Kesihatan Jantung
Bagi lelaki yang mengadakan hubungan
seks dua kali atau lebih seminggu berkemungkinan dapat mengelakkan dari
serangan jantung berbanding mereka yang tidak atau kurang melakukan seks dalam
sebulan. Bagi lelaki yang berumur pula, kajian mendapati tiada kaitan antara
kekerapan mengadakan dan bagaimana hubungan seks dilakukan dengan penyakit
strok.
… 30 minit melakukan seks membakar 85 kalori. Kalau
90x setahun dah boleh bantu anta kurangkan 1kg berat badan …
4. Pembakar
Kalori
Pakar sexologist, Patti Brittom
mengatakan seks adalah cara hebat untuk bersenam dimana 30 minit melakukan seks
membakar 85 kalori. Jika dilihat, ia nampak sedikit, akan tetapi jika di darab
dengan 90 kali setengah jam satu sessi, ianya mencukupi untuk membakar 1kg atau
7700 kalori dalam satu tempoh masa.
5. Menguatkan
Otot Pelvik
Bagi kaum wanita pula, melakukan senaman
otot pelvik juga dikenali sebagai kegel akan memberikan kepuasan sepanjang
kehidupan selain dapat mengurangkan masalah lemah kawalan kencing.
Pancutan Zakar
Kurangkan Risiko Kanser Prostat
Pancutan yang kerap, terutamanya
lelaki lingkungan 20-an boleh mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.
Terdapat beberapa kajian yang dilakukan para penyelidik. Sebagai contoh,
Persatuan Perubatan Amerika mendapati bahawa lelaki yang mempunyai 21 atau
lebih pancutan sebulan, adalah kurang berkemungkinan untuk mendapat kanser
prostat berbanding mereka yang mempunyai 4-7 pancutan sebulan.
… lelaki capai orgasm 21x sebulan, kurang
berkemungkinan untuk mendapat kanser prostat berbanding mereka yang mencapai
klimaks 4-7x sebulan…
Kesihatan Seksual Merapatkan Hubungan
Suami Isteri Lagi
7. Memperolehi
Tidur yang Mencukupi
Semasa orgasm, Oxytocin akan
dikeluarkan. Penyelidikan menunjukkan bahawa Oxytocin (hormon cinta)
menggalakkan seseorang untuk tidur. Jika berfikir sejenak, mengapa pasangan
anda boleh aktif semasa melakukan hubungan seks dan berdengkur seterusnya
sesudah itu?
8. Tingkatkan
Harga Diri
Kajian dari Unversiti Texas
menunjukkan meningkatkan harga diri merupakan 237 sebab seseorang mengadakan
hubungan seks. Jikan anda sudah berasa baik tentang diri anda, kehidupan seks
yang hebat boleh membantu anda berasa lebih baik.
Pastikan amalan seks hanya diamalkan
secara halal antara pasangan suami-isteri.
Meringankan
Beban Kesakitan
Ya, ianya adalah pengubatan duka bagi
sesetengah orang yang mempunyai masalah atau ketika alami kesakitan. Ia adalah
disebabkan Oxytocn iaitu hormon cinta yang terdapat ketika seks. Ia akan
meningkatkan ketahanan badan yang dpanggil endorphin. Jadi, jika seseorang
mengalami sakit kepala, arthritis, atau sindrom PMS, ia boleh mengurangkan
kesakitan selepas melakukan seks.
…seks tingkatkan keluaran feel-good hormon
endorphin untuk ringankan stres dan kesakitan …
10. Memperolehi
Keintiman Bersama Pasangan

Kenikmatan dan kesejahteraan keluarga boleh dirasai bersama jika
melakukan aktiviti seks dengan betul. Bukan hanya dilakukan mengikut nafsu buas
atau sebagainya, ia nya perlu dilakukan dengan ikhlas dan menghargai pasangan
anda. Melakukan seks bukan sahaja memberi kebahagian dalam kehidupan malah
memberikan kesihatan yang terjamin untuk masa hadapan.
No comments:
Post a Comment