Senaman Tradisi Melayu
Senaman Pertama
Duduk bersila
dengan menegakkan tulang belakang. Tangan diletakkan di atas lutut dan bahu
harus terbuka lebar. Tarik nafas sedalam-dalamnya hingga paru-paru terasa penuh
dengan udara. Tahan nafas dan biarkan udara berada di dalam paru-paru sekitar tujuh saat sebelum ia dihembus keluar
secara perlahan sehingga paru-paru terasa kosong. Ketika udara dihembus, perut hendaklah dikempiskan dan tumpu tenaga ke
arah dada. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali.
Kebaikan:
Senaman ini
seelok-eloknya dilakukan di subuh hari
kerana ia melibatkan proses pertukaran udara badan. Gerakan ini dapat membangkitkan
kekuatan otot belakang terutamanya di bahagian tengah belakang dan ia
menguatkan stamina jimak.
Senaman Kedua
Duduk dalam
keadaan dua tumit kaki bertemu dan bawakan ia hampir dengan kemaluan. Tegakkan
belakang. Tarik nafas hingga paru-paru terasa penuh secara perlahan-lahan. Ketika
menarik nafas, tekan kedua-dua kepala lutut dengan tapak tangan (kiri dan
kanan) supaya lutut dapat mencecah lantai. Jika tidak boleh, buat setakat
termampu. Pada waktu yang sama, kemut otot zakar sepaya kepala zakar kembang.
Tahan nafas selama tujuh saat dan hembus keluar secara perlahan-lahan. Lakukan
gerakan ini sebanyak tiga kali.
Dari kedudukan
sebelumnya, tarik nafas semula secara perlahan-lahan. Dengan perut kedua-dua
jari tangan, cari urat paha di bahagian paha dan urut menggunakan perut ibu
jari dari hujung paha ke pangkal paha dan akhirnya gerakan melalui tepi batang
zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar. Urutan dilepaskan jika mahu
mencecah kepala zakar. Selepas itu lepaskan nafas.
Kebaikan:
Gerakan ini
bertujuan untuk rnengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan
urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di sini. la juga membesarkan
kembali zakar yang kecil. Disarankan supaya urutan dibuat menggunakan minyak
urut.
Senaman Ketiga
Duduk bersila
dengan kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan dan
tangan kiri memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas perfahan-lahan sambil
menarik ibu jari kaki menghampiri kemaluan. Lutut seboleh-bolehnya mencecah
lantai. Jika zakar tegang, celahkan kepala zakar di antara kedua tapak kaki (di
bahagian yang melengkung). Ketika tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu
ke otot belakang dan akan terasa ia diurut, Selepas itu barulah nafas
dilepaskan secara perlahan-lahan dan meletakkan kaki kembali ke kedudukan asal.
Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali. Dari kedudukan ini, tarik kedua-dua
jari kaki supaya tumit terbuka ke arah hadapan dalam masa yang sama ia tetap
disatukan. Tarik nafas dengan dalam secara perlahan-lahan dan rebahkan tubuh ke
depan dalam keadaan tangan masih memegang ibu jari kaki. Jejakkan kepala ke
lantai jika mampu, kalau tidak, lakukan setakat terdaya. Balik ke kedudukan
asal dan hembuskan nafas.
Kebaikan:
Gerakan ini
mengimbangi otot paha, belakang dan baik untuk pinggang. la dapat membantu
meningkatkan tenaga batin yang lemah.
Senaman Keempat
Duduk bersila
dan tegakkan belakang. Tarik nafas sambil tangan kanan didepa separas bahu
dengan lurus ke arah depan sambil menarik nafas. Manakala tangan kiri di angkat
separas bahu juga ke arah sisi badan. Lakukan gerakan ini sebanyak tiga kali
sebelum nafas dihembus keluar.
Senaman Kelima
Duduk bersila
dan tegakkan belakang. Tekan otot pinggang dan* arah belakang dengan tapak
tangan sambil menarik nafas. Secara perlahan, urut otot pinggang hingga ke
rusuk dada. Lakukan sambil nafas ditahan. Bawa tangan ke depan dan ke atas
sehingga dapat dilepaskan lurus ke atas kepala. Selepas itu barulah nafas
dihembus.
Kebaikan :
Gerakan ini
membantu mengurut otot-otot bahagian pinggang serta rusuk, tengkuk dan leher,
dalam waktu yang sama merangsang pengaliran darah supaya lebih lancar.
Senaman Keenam
Tenaga akan
tertumpu pada urat bahu, leher serta urat paha dan betis. Lutut kaki yang
diluruskan tidak wajar dibengkokkan ketika henjutan, begitu juga bagi kedua
belah tangan. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan lipatkan kaki kiri.
Henjutkan secara perlahan-lahan serta lembut bagi mencapai ibu kaki. Lakukan
henjutan sebanyak tujuh kali sebelum menu-kar ke arah yang seterusnya.
Senaman Ketujuh
Kembangkan
jari-jari tangan dan susun supaya ibu jari tangan kiri mencecah cuping telinga
kanan. Ibu jari tangan kanan pula mencecah jari kelingking tangan kiri. Tarik
nafas, bengkokkan tubuh ke arah kaki kanan dan cecahkan jari kelingking kanan
itu ke hujung ibu jari kanan. Lakukan gerak cecahan itu sebanyak tujuh kali
sambil nafas ditahan. Selepas itu lepas nafas secara perlahan-lahan sambil
mengangkat semula kepala ke kedudukan yang mula-mula. Ketika gerakan, pastikan
kaki kanan lurus. Lakukan pula hal yang serupa dengan kaki kiri.
Senaman Kelapan
Baringkan badan
secara meniarap. Luruskan badan dan bangunkan separuh badan iaitu pinggang ke
atas dengan menapakkan kedua belah tapak tangan sambil pinggang dan belakang
terasa tegang. Tarik nafas sewaktu gerakan ini dilakukan, tahan nafas selama
tujuh saat sebelum melepaskannya. Lakukan sebanyak tiga kali.
Senaman Kesembilan
Duduk bersila
sambil mengarahkan kedua-dua belah tangan ke belakang badan. Dalam masa yang
sama cuba capai atau temukan kedua-dua jari-jemari tersebut. Selepas itu nafas
ditarik secara perlahan-lahan dan menahannya selama tujuh saat sebelum
menghembusnya keluar, Lakukan gerakan yang sama pada kedudukan tangan yang
berlainan.
Senaman Kesepuluh
Duduk bersila
sambil kedua-dua tapak kaki ditemukan. Tarik nafas secara perlahan-lahan sambil
badan direbahkan ke hadapan dan meluruskan kedua-dua belah tangan hingga
mencecah lantai. Pastikan anda terasa tegang pada bahagian belakang dan paha.
Tahan nafas selama tujuh saat dan kembalikan ke kedudukan asal sambil nafas
dilepaskan secara perlahan-lahan. Lakukan ulangan gerakan sehingga tiga kali.
Senaman Kesebelas
Senaman ini agak
mencabar sedikit. Lipat kedua-dua kaki di bawah punggung. Kemudian merebahkan
badan sambil kedua belah tangan diluruskan sehingga terasa tegang di bahagian
belakang badan, paha dan otot betis. Tarik nafas secara perlahan-lahan dan
tahannya selama tujuh saat sebelum ia dilepas keluar. Lakukan gerakan ini
sebanyak tiga kali.
Senaman Kedua belas
Sesetengah orang
memanggil gerakan ini sebagai senaman kucing. Duduk di atas kedua belah kaki dengan
membongkokkan badan ke hadapan sambil meluruskan tangan ke hadapan. Lakukannya
hingga terasa regangan pada belakang badan. Kemudian bangun secara
perlahan-lahan, dalam masa yang sama masih mengekalkan kedudukan kaki.
Kedua-dua belah tapak tangan ditapakkan secara bertentangan, satu mengarah ke
dalam badan dan satu mengarah ke hadapan. Bongkokkan belakang badan dan
henjutkannya hingga paras separuh bangkit beberapa kali secara perlahan-lahan.
Nafas ditarik sebaik gerakan bermula dan dihembuskan sebaik gerakan berakhir.
Senaman Ketiga belas
Senaman awal
pagi sebaik bangun dari tidur. Tutup mata, tangan diluruskan di sisi badan.
Putarkan biji mata seakan-akan mahu memerhatikan sekeliling. Lakukan lebih
kurang 10 saat. Selepas itu tarik nafas dalam-dalam, tahan nafas selama tujuh
saat dan hembusnya keluar secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak tiga kali.
Tangan yang berada di sisi badan itu harus diluruskan melampaui tubuh sambil
menarik nafas. Waktu yang diambil untuk menggerakkan tangan itu ialah selama
tujuh saat. Selepas itu kembali ke kedudukan pertama sambil menghembus nafas
secara perlahan. Senaman ini menolong mengimbangi urat saraf, meluruskan tulang
belakang serta menyusun urat-uratnya.
Senaman Keempat belas
Antara penyebab
lelaki mengalami gejala ejakulasi pra-matang adalah disebabkan rasa ngilu dan
geseran pada kepala dan batang zakar. Gerakan ini dilakukan ketika zakar masih
tegang di waktu pagi. Gerakan ini akan mengasah kepala zakar, membiasakannya
pada geselan. Dengan melatihnya, rasa sensitif sewaktu jimak akan dapat
dikurangkan. Tarik nafas hingga penuh paru-paru. Pegang batang zakar dengan
agak kuat supaya darah tertumpu ke kepala zakar dan ini menyebabkan kepala
zakar mengembang. Dengan menggunakan perut tapak kaki, gosok atau asah kepala
zakar ke arah hujungnya. Ketika melakukan ini tahan nafas, lalu hembuskan.
Lakukan sebanyak tiga kali.
No comments:
Post a Comment